Friday, January 1, 2010

alahai orang tua

kali ni aku da habis sabar dah dengan orang tua ni.macam2 kerenah.aku yang tak berapa nk cakap dgn die pun aku jadi bengang.die ni bukan orang luar pun,
nenek aku sendiri tapi kami memanggil die tokmak.tokmak ni duduk kat kulai seorang diri.tapi ade la jugak pakcik2 or makcik2 aku datang sekali sekala
melawat die.aku dengan tokmak memang tak rapat sejak dari kecik dulu.bukan aku je malah mak aku sendiri aka menantu die pun tak rapat dengan die.
maybe sebab kitorang ni stay kat ipoh plus jarang2 datang balik kampung tu yg menyebabkan kitorang memang tak rapat dari dulu kot.tapi ini tak
bermakna bapak aku tak rapat dengan mak die sendiri.aku rasa dalam ramai2 adik beradik abah,abah la yang paling banyak jaga tokmak.bukan aku nak ngadu
dorang tak jaga mak sendiri tapi kureng sikit nak banding dengan abah.aku nampak sendiri kot bila abah balik kampung time nak raya mesti abah yang kemas
rumah tokmak.sejak kat masai lagi.adik beradik abah yg lain ada la jugak datang tolong sikit2 tapi dorang lagi mementingkan kerja masing2.mak aku
naik bengang gn dorang semua ni.dorang ingat abah tak kerja agaknya.
back to the topic~
sejak tokmak duduk kat rumah kami die banyak giler songeh!!aku duduk rumah sebelah(tak sebumbung dengan parents aku) so mak la yang banyak ngadu pasal tokmak
ni.benda pertama yang aku ingat,tokmak nak kain suruh mak buat baju kurung.mak saya tu best tailor.hehe..so abah pun dengan bersusah payah pergilah nagoya
n pilih kain yang sesuai dengan tokmak.tokmak pesan die nak color hitam putih.dah jumpa dah!!cerita kat rumah plak lepas abah balik dari nagoya,tokmak
tanya mak mana kain yang beli tadi?nak tengok katanya..mak pun dengan hati yang berdebar2 tunjuk kat tokmak.aku dengan mata kepala aku ni tengak reaction
muka tokmak.peh,macam jijik die tengok kain tu.siapa2 yang tengok mesti dapat agak bahawa beliau tak suka!!aku tau mak tak kecik hati sebab bukan dia yang
pilih.abah yang pilih.mak tau tokmak tu cerewet orangnya sebab tu mak tak nak pilih.so the conclusion is:tokmak tak nak pun kain tu.mesti abah kecik hati
cuma tak tunjuk je.
cerita lain yang aku ingat,masa kat kedah.even aku tak ikut parent aku pergi kedah tapi adik aku yang follow dah cerita semuanya kat aku.mak pun de cerita
sekali.tokmak mintak jubah yang mencecah ratusan ringgit.mesti bapak aku jadi mangsa kewangan beliau.huhu..tapi abah nak buat macam mana lagi.kalau
tak diturutkannya dikatakan derhaka.uih,dah berdosa dah tu.tu yang abah sanggup berkorban apa saja demi mak kesayangan beliau..
masa pasar malam 2 minggu yang lepas,tokmak ada ikut abah n mak.katanya nak ape ntah.aku pun tak ingat.tapi balik2 dari pasar malam tu mak cerita tokmak
beli kain color biru plak suruh mak jahit buat baju kurung.hari tu nak color taik cicak orang dah belikan tak nak plak.rupanya nak color biru.hmm~
nenek aku la tuh...aduhai..sejak kebelakangan ni,tokmak dah macam boring stay sini.bukan beberapa hari ni tp dah lama da.die memang tak suka stay kat sini.
maybe boring kot.mak pernah dengar die call cik sima aka makcik aku aka adik abah.dia nangis2 suruh orang datang amik dia kat sini.dia nak balik kulai.
persepsi orang yang dengar tokmak nangis merayu-rayu macam tu mesti dorang ingat dia kena buli kat rumah ni.padahal kami semua buat hal masing2:mak dengan
mesin jahit beliau n aku dengan laptop aku la.abah dengan golfnya tak habis2,adik plak dengan tv nye.tokmak boring sebab tak ada sapa nk ajak dia sembang2 kot.
bukannya mak taknak sembang dengan tokmak,just mak takut tersalah cakap n then misunderstanding la orang tua tu nanti..
aku ingat.haha...tokmak ni suka makan banda yang berjenama cap masjid sahaja.maksud aku,makanan halal or orang melayu yang bikin.masa kat luar hari tu
tokmak sembang2 dengan cik ida,jiran aku.maybe cik ida ada cerita dia masak laksa or whatever.pastu kat rumah plak tokmak cakap kat abah dia nak laksa
kering yang orang melayu buat.abah dah garu kepala.mana taknye,mana abah nak cari laksa kering melayu buat.abah pun cakap la "laksa siam pun cap masjid
jugak."aku ketawa dalam hati..hehe..tokmak diam je.esoknya abah n mak pergi pasar tapi laksa cap masjid tak ada.selang beberapa jam,anak cik ida datang
bawak beg plastik.aku pun amiklah beg plastik tersebut n tengok isi kandungannya.laksa kering!!!!!tapi bukan cap masjid.cap kuil..haha...just kidding..
mak rasa serba salah dengan cik ida n bayar harga laksa tu.kalau aku dah malu dah.huhu..
hmm...banyak lagi yang aku nak taip ni tapi pendek cerita tokmak memang cerewet + suka mintak bukan2.petang tadi masa kat luar tengah tengok budak2 main
tokmak ada minta durian belanda kat abah.dia nak bawak balik.abah dengan suara kuatnya cakap camni "kat sini ne ade doyan blande..!"agak menengking gak la.
yelah,bapak aku dah cakap pelan2 tapi orang tua ni buat macam tak dengar plak.kalau dia cakap nak sesuatu maknanya kena ada gak benda tu walaupun susah nak
cari.kadang2 aku jadi kesian kat abah sebab abahla yang paling banyak berkorban demi tokmak.apa yang boleh aku cakap kat sini just berdoa agar orang tua ku
tak jadi seperti tokmak yang agak cerewet.amin~

No comments: